Dakwah : Seruan Kepada Asal Fitrah Diri

Insan adalah sama dan hadapi masalah yang sama. Kerana manusia itu miliki unsur diri yang sama; diri jasmani dan diri rohani. Diri jasmani mungkin berbeza dari segi rupa, warna kulit, bangsa dan lainnya, namun diri rohani @ jiwa adalah sama.

Manusia bila berbicara, akhirnya akan berbincang hal yang sama iaitu tentang jiwa dan rohani (ruh). Continue reading “Dakwah : Seruan Kepada Asal Fitrah Diri”

Advertisements

Kehidupan Universiti Sebenar

Seringkali difahami masyarakat apabila mahu mendalami agama ialah dengan memasuki madrasah, pondok (pesantren), universiti Islam atau institusi-institusi pendidikan agama.

Jika ilmu yang ingin dipelajari itu bertujuan memahami lebih luas perbahasan fiqh, tafsir, hadis, syair Arab atau lainnya, maka ia ada kebenarannya. Namun untuk mendalami ilmu Tauhid Ihsan @ Makrifat, Tasawwuf @ Akhlak,  dan “Salaman” (amal ma’aruf dan nahi mungkar) kefahaman diatas kurang tepat.

Continue reading “Kehidupan Universiti Sebenar”

Bila Cinta Dunia Menguasai Jiwa

Dunia ini adalah tempat kepanasan dan kegelisahan, bagaikan berada dalam bakaran api. Siapa yang mencintai dunia maka ia telah meletakkan api di dalam jiwanya. Maka sifat api adalah panas, dan kejadian iblis juga dari unsur api. Mencintai dunia akan menjadikan hidup penuh kegelisahan, kesakitan, permusuhan, kebencian,dendam, takabur, riya’, tamak dan dengki. Kekayaan atau kemiskinan keduanya membawa kepanasan. Continue reading “Bila Cinta Dunia Menguasai Jiwa”

Tauhid dan Syirik : Perang Sepanjang Zaman

Ketika Nabi Ibrahim a.s mahu dilontar ke dalam api Namrud yang hebat menyala, maka datang Jibril a.s bertanya: “Duhai Ibrahim, apa hajatmu padaku?.”

Berkata Ibrahim a.s: “Kepadamu aku tidak berhajat tetapi pada Allah aku berhajat.”

Lalu berkata Jibril a.s lagi: “Apa hajatmu pada Allah?,” dijawab Ibrahim a.s: “Allah sudah tahu apa hajatku padaNya!” Continue reading “Tauhid dan Syirik : Perang Sepanjang Zaman”

Ukuran Kematangan bukan pada Usia

Ramai orang dewasa pada umurnya tapi belum dewasa minda dan jiwanya.

Justeru sikap suka merajuk, emosi, marah, putus asa, suka melihat dan membuka kesalahan orang lain, suka berkelahi, berdebat, berpecah dan berpuak, suka sombong, suka menunjuk-nunjuk (riya’), suka berdengki, suka besarkan hal yang kecil dan pelbagai sifat negatif lain, menunjukkan hakikat dirinya masih belum dewasa atau tua, cuma dewasa atau tuanya itu hanya usia zahirnya sahaja. Continue reading “Ukuran Kematangan bukan pada Usia”

Dunia Damai dan Sejahtera dengan “Salaman”

Dari segi bahasa, Islam berasal dari kata aslama yang berakar dari kata salama. Kata Islam merupakan bentuk mashdar (infinitif) dari kata aslama ini.

الإسلام مصدر من أسلم يسلم إسلاما
Ditinjau dari segi bahasanya yang dikaitkan dengan asal katanya, Islam memiliki beberapa pengertian. Salah satunya adalah “SALAMAN” (سلاما) – kata terbitan dari kata kerja bahasa arab سلم membawa makna Sejahtera. Continue reading “Dunia Damai dan Sejahtera dengan “Salaman””