Dunia Damai dan Sejahtera dengan “Salaman”

Dari segi bahasa, Islam berasal dari kata aslama yang berakar dari kata salama. Kata Islam merupakan bentuk mashdar (infinitif) dari kata aslama ini.

الإسلام مصدر من أسلم يسلم إسلاما
Ditinjau dari segi bahasanya yang dikaitkan dengan asal katanya, Islam memiliki beberapa pengertian. Salah satunya adalah “SALAMAN” (سلاما) – kata terbitan dari kata kerja bahasa arab سلم membawa makna Sejahtera.

Allah berfirman dalam surah Maryam ayat 47:

قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

“Berkata Ibrahim: “Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.”

Salaman juga dari perkataan bahasa melayu iaitu Salam (asalnya dari bahasa Arab juga) yang membawa maksud “Kedamaiaan dan Kehormatan”.

Justeru Salaman boleh ditakrifkan dengan makna menyebarkan kebaikan dan menolak hal yang tidak baik pada semua Bani Adam berpandu pada Fiqh dan Maqasid Syariah.

Kebaikan dan kejahatan mestilah dalam takrifan Syariat kerana ia adalah nizam atau garis panduan dari الله agar kehidupan penuh Salaman sesama insan.

Tiada yang paling layak untuk berkata sesuatu itu baik dan tidak baik melainkan yang mencipta insan dan alam. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang zahir dan tersembunyi, yang baik atau yang mudharat.

Manusia tidak berhak berlagak sebagai Tuhan untuk memberi panduan nizam baik dan tidak baik pada manusia yang lain. Manusia, walau bagaimana pintar sekalipun tetap terbatas pengetahuannya, terikat dengan emosi, nafsu, zaman, persekitaran, kehendak majoriti dan suasana. Maka segala nilai yang mereka takrifkan baik atau buruk banyak kelemahan dan kesalahannya.

Amat besar kesalahan manusia menjadikan sesama manusia seperti Tuhan hingga menyembah nizam yang mereka cipta yang penuh kelemahan.

Apa akan jadi pada dunia apabila pemikiran manusia mengatakan “baik” pada sesuatu yang majoriti cinta dan seronok dengannya seperti arak, dadah, riba, seks bebas, kahwin sejenis dan lainnya? Mereka kemudian bergerak atas nama hak asasi atau kebebasan manusia atau atas nama LGBT dan dipakai oleh seluruh manusia. Justeru ia akan membawa kerosakan pada seluruh sistem peradaban manusia.

Mereka semua mempunyai fikiran songsang atau tidak normal yag melanggar fitrah mereka yang suci. Golongan yang tak normal ini ramai di Barat hingga kerajaan memberi pengiktirafan kahwin sejenis atas nama hak asasi manusia. Halal dan haram mereka yang tentukan sesama insan sedang mereka penuh kelemahan. Sesuatu yang mereka kata baik atau tidak baik hari ini tak semestinya akan dikata perkara yang sama di masa akan datang, kerana fikiran, jiwa dan suasana yang sentiasa berubah.

Prinsip Salaman perlu berlandaskan nilai neraca syarak kerana kita beriman bahawa Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia.

Dalam membawa Salaman kita perlu miliki pengetahuan fiqh yang luas, fahami ilmu-ilmu semasa pelbagai bidang, fahami keadaan setempat, kaedah pendidikan yang penuh kasih sayang dan bertahap-tahap agar segala hukum yang kita bawa di sesuatu tempat atau pada seseorang individu tiada memayahkan dan memberi kesejahteraan kepada semua.

Salaman adalah kehidupan saling membantu antara insan tanpa kira bangsa dan agama dalam perkara kebaikan dan mencegah keburukan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Maaidah: 8)

Jika berada dalam satu taman perumahan kita melakukan kebaikan dan bersama-sama menjaga diri dari menyakiti jiran-jiran kita walau dalam melakukan hal yang baik dan mulia dalam agama. Tapi jika ia menganggu ketenteraman jiran dan masyarakat setempat, ia haruslah dielakkan.

Kita juga harus bekerjasama menjaga kawasan kita, bahkan negara agar aman dari kecurian, rompakan, pergaduhan, dadah, perkauman, mencela agama lain dan lainnya demi kesejahteraan (Salaman) bersama.

Perbezaan para ulama dalam sesuatu masalah adalah rahmat dari Allah. Ia membawa kepada banyak jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah @ hukum, agar seorang Muslim benar-benar dapat membawa Salaman dalam dakwah dan pergaulan dengan sesiapa sahaja tanpa kira bangsa, agama dan di mana jua.

Hidup penuh cinta, sabar, hormat-menghormati dan toleransi, saling membantu dalam kebaikan dan saling menjaga unsur-unsur kejahatan pada semua golongan tanpa kira agama, fikrah, bangsa, kabilah dan suku kaum adalah intipati ajaran dakwah Salaman.

Hulurkan tanganmu untuk Salaman nescaya hidupmu akan dipenuhi kedamaian dan kesejahteraan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s