Selawat Ibrahimiyah : Simbolik Menyatu Tauhid dan Syariat

Nabi Ibrahim (as) digelar sebagai bapa segala nabi. Padanya lahir agama-agama samawi (langit); Yahudi, Islam dan Kristian. Dari Baginda juga lahirnya bangsa-bangsa agung di dunia hari ini. Namun begitu umat Rasulullah ﷺ merupakan umat paling akrab dengan Nabi Ibrahim (as).

 “Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umat Islam). Dan (ingatlah) Allah itu adalah Pelindung dan Penolong bagi sekalian orang yang beriman.” (Ali-Imran: 65-68)

Maka jelaslah bahawa Allah SWT telah menetapkan mengenai kedudukan Nabi Muhammad ﷺ sebagai pewaris ajaran Tauhid Nabi Ibrahim (as). Dan, umat Islam yang menjadi pengikut ajaran Nabi Muhammad ﷺ itulah yang lebih layak digelarkan sebagai golongan yang benar-benar mewarisi ciri-ciri tauhid Baginda (as).

Tauhid Ibrahim (as) adalah kepercayaan kepada ALLAH dan segala sifat KeagunganNya yang menyinar dalam jiwa insan hingga fana (lebur) akan segalanya. Kembali insan pada fitrahnya yang telah menyaksikan Allah ketika di Alam Lahut dahulu[1], maka nur tauhid (Makrifat @ Ihsan) itulah yang bersemadi dalam qalbu Nabi Adam (as), Nabi Idris (as), Nabi  Nuh (as), Nabi Hud (as), Nabi Soleh (as)., kemudian mengalir dalam qalbu Bapa bagi segala bangsa dan agama, Nabi Ibrahim (as) dan juga saudaranya Nabi Luth (as).

Dari Nabi Ibrahim.as mengalir cahaya tauhid tersebut pd Nabi Ismail (as), Nabi Ishaq (as), Nabj Ya’kub (as), Nabi Yusuf (as), Nabi Ayub (as), Nabi Syuib (as), Nabi Musa (as), Nabi Harun (as), Nabi Zulkifli (as), Nabi Daud (as), Nabi Sulaiman (as), Nabi Ilyas (as),  Nabi Ilyasa’ (as),  Nabi Yunus (as), Nabi Zakariya (as),  Nabi Yahya (as), Nabi Isa (as) dan akhirnya pada Nabi akhir zaman Muhammad ﷺ.

Sesungguhnya ajaran tauhid yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul (‘alaihimussolatu wassalam) adalah sama, bezanya hanya pada syariat sahaja kerana perbezaan zaman. Maka zaman Rasulullah ﷺ adalah zaman kesempurnaan Syariat yang wajib dimuliakan, dicintai dan dipelihara bagi semua pengikut ahli tauhid yang benar.

Apabila Tauhid Ibrahim (as) menyatu dengan Syariat Muhammad ﷺ, maka sempurnalah hakikat dan syariat insan yang indah. Kesepaduan ini akan membawa kekuatan dan kebijaksanaan dalam menyebarkan “Salaman” yang membawa kerahmatan kepada sekelian penghuni bumi di kalangan insan, haiwan dan tumbuhan.

SELAWAT IBRAHIMIYAH

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca dalam Tahiyyat Akhir di dalam solat. Hukum bacaannya sunat haiah bagi mazhab Shafie dan wajib bagi mazhab Hambali.

Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim (as). Terdapat hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a. dan Imam Ibnu Khuzaimah r.a. yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar Ibrahim (as) dan Muhammad ﷺ.

Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”

Justeru SELAWAT IBRAHIMIAH adalah selawat yang membawa penyatuan Hakikat dan Syariat, Ruh dan Jasad, maka wajib kita berpegang teguh dengan Tauhid Ibrahim (as) dan muliakan Syariat Muhammad ﷺ dalam apa jua keadaan.

____

[1] Sirrul Asrar, Syeikh Abd. Qadir al-Jailani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s