Tauhid dan Syirik : Perang Sepanjang Zaman

Ketika Nabi Ibrahim a.s mahu dilontar ke dalam api Namrud yang hebat menyala, maka datang Jibril a.s bertanya: “Duhai Ibrahim, apa hajatmu padaku?.”

Berkata Ibrahim a.s: “Kepadamu aku tidak berhajat tetapi pada Allah aku berhajat.”

Lalu berkata Jibril a.s lagi: “Apa hajatmu pada Allah?,” dijawab Ibrahim a.s: “Allah sudah tahu apa hajatku padaNya!”

Kemudian Baginda a.s dilontar ke dalam api Namrud yang besar nyalaannya. Namun api tersebut tiada dapat membakar sedikit pun kekasihNya Ibrahim a.s malah Baginda merasa nikmat berada didalamnya.

Ini kerana Allah telah berfirman pada api:

 قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ

“Kami (Allah) berfirman, “Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan menjadi selamatlah atas Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69)

Maka api tunduk dan patuh pada Allah, terus ia menjadi sejuk dan penuh kenikmatan tika Ibrahim a.s didalamnya.

Api tiada membakar Baginda bukan kerana dirinya kebal, tetapi kerana api telah diperintah sejuk dan sejahtera oleh Allah lantaran Tauhid, Cinta dan Penyerahan sepenuh jiwa Baginda kepadaNya.

Namrud adalah simbol pada pembawa kesyirikan dan kerosakan, raja yang sombong dan mengaku dirinya Tuhan.

Api adalah simbol kepada apa jua bentuk yang boleh membawa kepada kemusnahan, kemudharatan dan kesengsaraan.

Nabi Ibrahim a.s adalah simbol ketauhidan dan kebaikan, Bapa bagi segala manusia dalam membawa mesej tauhid yang bersifat penuh kefaqiran, adab dan cinta.

Hakikat Namrud masih wujud dari zaman ke zaman, hanya bentuk sahaja yang berbeza. Hakikat Ibrahim a.s  juga masih wujud di sepanjang zaman, hanya bentuk berbeza.

Dunia akan terus berperang antara dunia Syirik dan Tauhid hingga ke akhir zaman.

Api nyalaan Namrud tiada dapat membakar Nabi Ibrahim a.s, begitu juga api Namrud kini yang telah berubah dalam bentuk senjata api, bom, nuklear dan pelbagai sistem kehidupan yang mencengkam dunia hari ini tiada akan dapat “membakar” mereka yang benar berpegang pada Ketauhidan Nabi Ibrahim a.s, yang telah menyatu dirinya dengan Allah (tiada diri, hanya Allah).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s