Hidupkan Zikir yang “mati”

Zikir yang “mati” ialah zikir yang hanya disebut pada lisan dan faham pada akal, kerana keduanya (lidah dan akal) akan hancur binasa di dalam kubur.

Zikir yang “kekal hidup” dan tiada mati ialah zikir Ihsan @ Makrifat @ Syuhud yang berada pada rohani, kerana tiada akan hancur walau di dalam kubur. Continue reading “Hidupkan Zikir yang “mati””

Advertisements

Zikir dan Mahabbah Rasul wasilah mencapai Tauhid Makrifat

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’d: 28)

ZIKIR adalah ingatan yang hidup dalam hati. Ia bukan sekadar ingat pada kalimah الله ً tetapi merasai kebersamaan Sifat-Sifat الله, dan yang paling sempurna hatinya dapat syuhud pada الله dalam apa jua yang dipandang, didengar, dirasa, disentuh dan dalam kehidupan yang bergilir Jalal dan JamalNya. Continue reading “Zikir dan Mahabbah Rasul wasilah mencapai Tauhid Makrifat”

Ramadhan Bulan Cinta

Bersyukurlah kepada Allah kerana ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Inilah bulan yang dirindui oleh para kekasih Allah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih akan bulan Ramadhan ini. Mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, dengan penuh keasyikan dan kerinduan kerana inilah bulan dimana diberi keberkatan dan kenikmatan yang tidak terhingga, dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad ﷺ. Continue reading “Ramadhan Bulan Cinta”