Dakwah : Seruan Kepada Asal Fitrah Diri

Insan adalah sama dan hadapi masalah yang sama. Kerana manusia itu miliki unsur diri yang sama; diri jasmani dan diri rohani. Diri jasmani mungkin berbeza dari segi rupa, warna kulit, bangsa dan lainnya, namun diri rohani @ jiwa adalah sama.

Manusia bila berbicara, akhirnya akan berbincang hal yang sama iaitu tentang jiwa dan rohani (ruh). Continue reading “Dakwah : Seruan Kepada Asal Fitrah Diri”

Advertisements

Kehidupan Universiti Sebenar

Seringkali difahami masyarakat apabila mahu mendalami agama ialah dengan memasuki madrasah, pondok (pesantren), universiti Islam atau institusi-institusi pendidikan agama.

Jika ilmu yang ingin dipelajari itu bertujuan memahami lebih luas perbahasan fiqh, tafsir, hadis, syair Arab atau lainnya, maka ia ada kebenarannya. Namun untuk mendalami ilmu Tauhid Ihsan @ Makrifat, Tasawwuf @ Akhlak,  dan “Salaman” (amal ma’aruf dan nahi mungkar) kefahaman diatas kurang tepat.

Continue reading “Kehidupan Universiti Sebenar”

Ukuran Kematangan bukan pada Usia

Ramai orang dewasa pada umurnya tapi belum dewasa minda dan jiwanya.

Justeru sikap suka merajuk, emosi, marah, putus asa, suka melihat dan membuka kesalahan orang lain, suka berkelahi, berdebat, berpecah dan berpuak, suka sombong, suka menunjuk-nunjuk (riya’), suka berdengki, suka besarkan hal yang kecil dan pelbagai sifat negatif lain, menunjukkan hakikat dirinya masih belum dewasa atau tua, cuma dewasa atau tuanya itu hanya usia zahirnya sahaja. Continue reading “Ukuran Kematangan bukan pada Usia”

Ramadhan Bulan Cinta

Bersyukurlah kepada Allah kerana ditemukan lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Inilah bulan yang dirindui oleh para kekasih Allah, dan tidaklah orang-orang yang cinta kepada Allah melainkan kasih akan bulan Ramadhan ini. Mereka ini menunggu bulan Ramadhan ini dengan penuh kecintaan dan kasih sayang, dengan penuh keasyikan dan kerinduan kerana inilah bulan dimana diberi keberkatan dan kenikmatan yang tidak terhingga, dan inilah bulan kasih sayang Allah dilimpahkan kepada umat Muhammad ﷺ. Continue reading “Ramadhan Bulan Cinta”